Monday, October 01, 2007

Tag Raya

Assalamualaikum & Goodday

Aku kena tagged la plak. Ni sume kerja Muzie aka Zyrin aka Ribena Beri. Tapi ok gak la. Sebab pasal hari raya. Hmm...dah masuk second half of ramadhan ni, baru terasa aura raya tu ek. So here goes....

Sejak bile anda mula berpuasa penuh?
Tak ingat la bila. Aku rasa dalam darjah 4 ke atas kot. Sebelum-sebelum tuh memang konpom ada ponteng ponye lah. Besela kan, bebudak. Malas je yang lebih. Iman pon kurang :)

Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya?
Offcourseeee....mesti la pernah. Alasan? Takde yang konkrit la. Basically sebab malas je and saje nak rebel :) tapi aku nak stress sket eh, keje ponteng ni aku buat masa aku blom baligh lagi la.

Adakah anda pernah main bunga api dan mercun?
Apa ponye soklan daaa...zaman aku mercun tak haram lagi la beb. Kalo bunga api, dulu bapak aku salu belikan yang brand kucing tuh. yg tangkai dia besi tu kan. sebab ada lagi satu brand yang banyak kaler tuh banyak sangat asap dia. takleh berbapas aku. Mercun plak aku rasa aku dah main semua jenis mercun la. cakap je jenis apa, yg jenis terbang, lompat, tembak2, suma abang dah khatam. masa aku duduk kat tengganu dulu, lepas berbuka je sementara nak tunggu terawih, kitorang main perang2, pergh.... masa tuh geng sapa ader mercun das yang jenis 30 das tuh memang king ah. gila siot masa tu, memang tembak orang nak kasi terbakar punye lah. takde kesian-kesian de. Habis baju melayu. kalo pikir-pikir balik memang bahaya siot. Alhamdulillah tuhan masih sayang dengan aku.

Juadah apakah menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka?
Aku nih, tak berkira sangat la. Makan je apa yg depan mata. Ada satu tahun tuh, masa kat PPP, almost everyday aku layan murtabak. Sampai Imran ingat aku sengkek :) Siap dia belikan aku nasik lagi sebab kesian kat aku yg kononnya sengkek. Ehehh...memang sahabat betulla.

Lagu raya manakah anda suka?
Aku suka lagu yang Dam Dam Dum...Bunyi Mercun. Apa eh tajuk dia? Lupa ah aku. Kalo lagu yang syahdu sket, aku suka lagu M. Nasir la - satu hari di hari raya. Aku rasakan, ni je la lagu artis zaman sekarang ni yg boleh dikatakan evergreen. lagu lain tuh, stakat dengar sekali je la. lepas tuh terus lupa. caya la sifu. keep it up man.

Tahun ini anda beraya dimana?
Ipoh. Dah lama dah kitorang tak beraya kat KL. Since grandparents aku passed away, semua pakat celebrate sendiri-sendiri je. So kurang la meriahnya. Tapi bg aku memang dah sampai masa dah, semua anak2 dah besor, siap dah ada cucu lagi. So logik la kalo beraya sendiri-sendiri. Oh ye, besenya petang raya pertama tu, kitorang runner gi Batu Pahat jap. 2nd raya singgah KL & 3rd raya dah ada kat ipoh balik dah.

Pernahkah anda bertugas di hari raya?
Tak pernah. Tapi rasanya taun nih kira yg first la. Unofficially aku kena jadi usherer kat umah bos aku. kira dia punya annual open house la. Tatau la camne rasanya keje di pagi raya eh.

Apakah kenangan manis di hari raya?
Kenangan manis eh? aku memang takleh lupa zaman kitorang beraya kat KL la. Lembah keramat to be exact. Kalo suma berkumpul, ada la dekat 70 orang dalam rumah tuh. budak2 je dah dekat 40 orang. atuk aku nih anak ramai, 10 orang beb. tu yang meriah tuh. malam raya tuh, kitorang pegi takbir. group takbir atuk aku tu penuh dengan cucu2 dia je, termasuk la aku. dalam kul satu baru abih. sampai umah atuk suma tido bergelimpangan. asal ada ruang je kitorang selit. besok tuh, subuh2 dah kecoh dah. ye la kan, bilik air ade dua je, yang nak mandinye ramai...memang berebut la. tapi by the time nak semayang raya sumer dah ready dah. sebelum tu offcourse breakfast ramai2 and acara salam2 sambil collect duit raya. memang best la. tapi zaman tu dah berlalu. tinggal kenangan je la. tu yg kitorang kekadang rindu sama atuk & nenek. diorang ni la yg macam glue yg lekatkan seluruh kaum keluarga. bila diorang dah takde nih...kureeeng sket la.


so itu la dia nye story raya aku. so aku nak tag orang lain plak la. sapa eh? aku pilih

1. Zid
2. Amy
3. Tokman
4. Nadia
5. Aje

aku tau...aku tau...majoritinye pompuan. member2 aku yg lelaki ni mana la ada blog :) tokman je yg rajin sket. ok la ye. selamat berpuasa. dah dekat dah ni. saborrrr....

1 comment:

Nadia said...

aiyo..ko tag aku ke?..sorry tak perasan...jgn marah haa