Monday, October 26, 2009

RM500 je??!!!


Aiseyman....korang ni rilek la. Jangan la merungut. RM500 tu duit jugak.

Cuba la jadi orang yang bersyukur sket. Allah dah cakap.....kalo kita bersyukur, Dia akan tambah lagi rezeki kita, tapi kalo kita kufur, maka seksa nerakaNya amatlah pedih. So, amik la pedoman. RM500 tu kalo korang pegi mintak kat tepi jalan belum tentu dapat lagi tau. Yang orang keje swasta satu sen pon tak dapat tau. Ni tak, tau nak membangkang je. Sedar la sket, korang tu dah la keje dengan kerajaan, tapi asek nak membangkang je. Syukur la dengan rezeki yang ada.

Lagi satu, cuba la patriotik sket. Korang bukan tatau ekonomi skang ni tak stabil, so kita kena la paham, kerajaan bukan nak menjaga government servant je tau, satu Malaysia ni kerajaan kena jaga tau. Jadi bila orang dah bagi tu amik je la. Jangan banyak bunyi. Nanti kalo Malaysia ni bankrap, baru korang tau, kerajaan nak bayar gaji pon takleh. Lagipon, sebagai pegawai kerajaan, kita kena sedar yang hak kita ni cuma satu je - GAJI. Selebihnya tu ie cuti, bonus, kursus semua hanya KELAYAKAN sahaja. Sedar la diri sket.

So, jom la kita beringat. Aku cakap ni bukan sebab nak kata aku ni bagus. Takkk....bukan camtu. Aku cuma nak kita sama2 beringat. Rezeki tu datang dari Tuhan, kalo Dia nak tarik bila-bila masa pon Dia bleh tarik. Ingat ye...jang buat-buat lupa plak.

5 comments:

Anonymous said...

dengan gaji 48...xdapat 500 pun xpe..betul tak?

Azrul said...

anon> ish...kalo orang dah bagi amik je la. bukan pasal gaji banyak atau sket. ni pasal bersyukur....so bersyukurlah

Anonymous said...

alhamdulillah..... masih ada pegawai kerajaan yg tahu bsyukur

Haiyan Mohd Nakhaie said...

Still waiting the news from the top management. Bonus? Donno laaa..... Just wait and see.....

salman ® said...

syukurlah kpd boss yg tak bising kalau amik cuti.

'saya taknak luluskan..cuti bukan hak milik awak'...tak ke lagi parah..ahahah